Sunday, September 28, 2014

Adakah mungkin untuk setup studio jamming dengan cuma RM 5,000 sahaja?

Mungkin boleh, dengan concept "Silent Studio" (Studio Senyap)

Barang yang perlu disediakan dan budget:

1) Drum Electronik = RM 2,000
2) Guitar Electrik = RM 300 Second hand
3) Guitar Distortion = RM 300
4) Bass Electrik = RM 300 Second hand
5) Bass Pre amp = RM 300
6) Power Mixer 8 Channel (300 watt) = RM 450 (Jalan Pasar)
7) Headphone amp (4 Channel) = RM 150
8) 2 x Microphone = RM 120 Sebiji = RM 240
9) 4 x Headphone = RM 120 Sebiji = RM 480
10) Speaker 300 warr = RM 300 (Jalan Pasar)
11) Cable guitar dan aksesori lain = RM 150

Total RM 4,970.00

Instrument semua akan melalui power mixer dan keluar ke headphone yang akan di pakai band masing-masing. Monitor speaker itu tak penting sangat. Ia untuk orang di luar dengar tanpa headphone.

Bukan sahaja murah. Tapi anda boleh jamming bila- bila mase sahaja. Kalau ada budget lebih, power mixer dan headphone serta microphone boleh guna yang lebih high end untuk quality sound yang lebih memuaskan. Set up ini boleh di sertakan dengan computer untuk recording serta merta.

Harap cara ini dapat menyelesaikan masalah seperti, acoustic treatment bilik, jiran complain, ibu bapa mengamuk dan lain lain masalah. Paling bising set up ini pun macam orang gila nyanyi dalam bilik mandi. Tapi band member yang pakai headphone boleh dengar jelas guitar, bass, drum dan vocal dengan jelas sekali.

Belum cuba, belum tahu........

Terima kasih.......... PEACE

0 comments:

Post a Comment